KOBITOS

books

profile

Toshitaka Nabata

30 Mar. 1977 Dilahirkan di Ishikawa.
Tahun 2002 Menang Anugerah Scout Akhbar Mainichi pada GEISAI-3
Tahun 2003 Ilustrasi bersiri dipaparkan dalam [Mingguan Kurikuri] Akhbar Mainichi
Tahun 2006 Pengumuman buku bergambar pertama "Buku gambar kobitos - Kobito Dukan", telah mendapat respon yang banyak.

Seterusnya menerbitkan [Kobitos untuk semua], [Ensiklopedia Kobitos] dan [Pengenalan lebih dekat mengenai Kobito], [Penyelidikan terbesar Kobitos]. Buku-buku beliau telah digemari oleh kanak-kanak serta orang dewasa dan hingga kini siri tersebut telah terjual 2.5 juta salinan di Jepun.
Karya yang lain termasuklah [kad permainan -Karuta Kobitos], [Tulis-gunting-gam Kobitos Drill] ,[Semua orang boleh buat Kobitos Drill X] ,buku gambar kreatif [Pengembaraan terbesar Eton] dan lain-lain.
Projek-projek lain Nabata Toshitaka termasuk ilustrasi untuk buku-buku "Bijin to wa nanika? - Yang disebut orang cantik adalah?" disunting oleh Nakamura Usagi dan diterbitkan oleh Bungeisha).
Sekarang ini beliau mengutamakan pembuatan buku, filem-filem dan rekabentuk watak demi memperluaskan aktivitinya. Beliau adalah pakar penyelidik pertama kobitos.

Buku bergambar [Buku gambar kobitos - Kobito Dukan]

Suatu pagi, anjing Garcia telah menemui sesuatu yang aneh dari dalam rumput. Nampaknya seperti kerongsong ular, tetapi bukan, ianya juga bukan tumbuhan dan juga bukan serangga.... Dengan "Buku gambar kobitos - Kobito Dukan" yang dipinjam dari datuk, kanak-kanak boleh belajar mengenai kepentingan hidup dan mempunyai perasaan ingin tahu.

Buku bergambar [Minna No Kobito - Kobitos untuk semua]

Pertemuan mengenai pelbagai [Kobitos] seperti keterangan saksi tentang [Kobitos] di depan profesor. Saintly Red Wing yang membawa tuah, Big Fin yang boleh dipancing bersama ikan, House Kobitos yang memanipulasi lipas dan lain-lain.

Ensiklopedia Kobitos

[Buku panduan mengenali lebih dekat] untuk mengetahui tetang [kobitos] dengan lebih terperinchi.
Penjelas dengan ilustrasi dan gambar tentang kaedah pemerhatian, ekologi dan cara untuk menangkap kobitos.
Kobitos diterangkan dengan terperinchi di dalam buku [Buku gambar kobitos - Kobito Dukan] ,[Minna No Kobitos - Kobitos untuk semua] dan 20 jenis [Kobitos] yang lain.
Jika anda mempunyai buku ini bersama anda, anda pasti akan boleh menjumpai [Kobitos].

Pengenalan lebih dekat mengenai Kobitos (1) dari cara penangkapan hingga cara memelihara

Buku panduan kedua yang mengenai [Bab Pengenalan] dari hasil keputusan penyelidikan

Penyelidikan terbesar kobitos.

Buku panduan ketiga. Menyenaraikan banyak tentang Kobitos jenis baru.

Buku bergambar [Pengembaraan terbesar Eton]

Menurut penulis buku [Buku gambar kobitos - Kobito Dukan] iaitu Nabata Toshitaka, ceritanya menggelikan hati dan menyentuh jiwa.
Cerita yang menakjubkan juga menceritakan tentang semua permintaan dan kemahuan boleh dimakbulkan oleh Kanaidane yang aneh.
Kalau adanya,kita akan tiada masaalah untuk mempunyai biskut yang disukai.Kalau sudah memasuki jalan ceritanya, semua permintaan akan dia capai.
Tetapi selepas itu,kejadian yang tak diingini berlaku yang membolehkan kehidupan berubah.

back to top