KOBITOS

world

Tentang Kobitos

Adakah anda pernah bermain di luar dan tiba-tiba mendengar sesuatu bunyian di rumput, atau mungkin perasan pelik pada bahagian belakang semak belukar, pernahkah mendapat perasaan mungkin terdapat sesuatu di luar sana? Boleh jadi disana terdapat kobitos.
Yang berada di ladang dan padang rumput yang kita lalui setiap hari, bukanlah sekadar serangga atau haiwan. Sudahlah pasti kobitos tinggal disana juga.

Apa itu "Anak rambut"?

Semua Kobitos mempunyai anak rambut yang ada pada bahagian atas kepala mereka. Kobitos menggunakan sulur paut mereka untuk bernafas, bau dan makan. Masih banyak jenis anak rambut yang belum kita ketahui.

Mesej untuk pemerhati Kobitos:

Banyak Kobitos hidup tersembunyi di dalam alam semula jadi. Tetapi jika mencari dengan tidak terencana, maka kobitos tidak akan dengan mudah memperlihatkan dirinya. Adalah hal penting untuk benar-benar memahami habitat dan personaliti mereka. Dan ada Kobitos yang berbahaya kepada manusia. Anda perlu belajar tentang kobitos dan berhati-hati di sekeliling mereka. Seperti halnya dengan haiwan yang anda pelihara di rumah, anda perlu memahami haiwan dengan baik. Ketahuilah di alam mana ia tinggal, apa yang ia makan, dan bagaimana ia hidup. Kobitos adalah makhluk yang hidup di alam jadi. Mereka tidak boleh dipelihara sebagai haiwan kesayangan seperti anjing atau kucing. Anda perlu bersedia untuk mengembalikan Kobitos dengan persekitaran mereka apabila anda selesai melakukan pemerhatian. Jangan sekali-kali lupa bahawa Kobitos adalah makhluk hidup, tidak berbeza dengan kita manusia.

back to top